DZR Water Ambulance
Memuatkan DZR Water Ambulance…

100% Percuma · Tiada sebarang bayaran

Ambulans Laut Percuma untuk Rakyat Langkawi

Perkhidmatan pergi dan balik antara Langkawi dan Kuala Perlis untuk penduduk yang memerlukan rawatan segera.

Berita Terkini
  • 100%Percuma
  • Langkawi⇆ Kuala Perlis
  • JetiSurau An-Nur
Dato' Zuraidi bin Rahim

Dato' Zuraidi bin Rahim (DZR)

Penaung Inisiatif Ambulans Laut Percuma untuk Rakyat Langkawi

– orang sedang melihat laman ini

Berita & Pengumuman

Kemas Kini Terkini

Lihat semua
Facebook

DZR WATER AMBULANCE BANTU BAWA PULANG JENAZAH PEMUDA 23 TAHUN MENINGGAL AKIBAT KANSER PARU-PARU

Maklumat & permohonan: dzrwaterambulance.my DZR WATER AMBULANCE BANTU BAWA PULANG JENAZAH PEMUDA 23 TAHUN MENINGGAL AKIBAT KANSER PARU-PARU LANGKAWI, 28 SEPTEMBER 2026 — Kesedihan sebuah keluarga susulan pemergian seorang pemuda berusia 23 tahun akibat kanser paru-paru sedikit dipermudahkan apabila jenazah Allahyarham Muhammad Syukur dibawa pulang ke Langkawi menerusi perkhidmatan percuma DZR Water Ambulance, inisiatif Dato’ Zuraidi Rahim. Allahyarham dilaporkan telah lama menghidap kanser paru-paru tahap empat sebelum menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital. Ibunya, Salmah Junus, ketika ditemui berkata, anaknya telah lama berdepan dengan penyakit berkenaan sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot sehingga akhirnya meninggal dunia. Dalam suasana keluarga masih bersedih dengan kehilangan insan tersayang, mereka kemudiannya memohon bantuan DZR Water Ambulance bagi membawa pulang jenazah Allahyarham dari Kuala Perlis ke Langkawi. Salmah turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato’ Zuraidi Rahim kerana menyediakan perkhidmatan tersebut secara percuma bagi membantu urusan keluarga. Beliau berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada keluarga yang sedang berdepan dengan kehilangan anak tersayang. Sepupu Allahyarham turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Dato’ Zuraidi Rahim atas penyediaan perkhidmatan percuma berkenaan. Menurutnya, kemudahan DZR Water Ambulance amat membantu rakyat Pulau Langkawi, khususnya keluarga yang berdepan masalah kewangan apabila berlaku kematian dan perlu membawa pulang jenazah dari tanah besar. Perjalanan membawa pulang jenazah bermula apabila DZR Water Ambulance tiba di Jeti Kastam Kuala Perlis pada jam 10.00 pagi sebelum bertolak pada jam 10.15 pagi menuju ke Langkawi. Bot berkenaan kemudiannya tiba di Jeti Surau An-Nur, Taman Nilam pada jam 10.58 pagi. Jenazah selepas itu dipindahkan ke van jenazah untuk meneruskan perjalanan ke Masjid Bohor Berendam sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Bohor Berendam. Dalam pada itu, Dato’ Zuraidi Rahim turut menyampaikan ucapan takziah kepada ibu dan seluruh keluarga Allahyarham Muhammad Syukur atas pemergian insan tersayang. Beliau mendoakan agar segala urusan keluarga, khususnya urusan pengebumian Allahyarham, dipermudahkan serta keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan tersebut. Dato’ Zuraidi turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Pemergian Muhammad Syukur pada usia yang masih muda pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada ibu dan seluruh ahli keluarga. Semoga segala urusan pengebumian Allahyarham berjalan lancar dan keluarga diberikan ketabahan untuk melalui detik sukar ini. DZR WATER AMBULANCE NEWS LANGKAWI ⇄ KUALA PERLIS Perkhidmatan percuma untuk rakyat Langkawi

Baca selanjutnya

Perkhidmatan 100% Percuma

Borang Permohonan Ambulans Laut

Isi empat langkah di bawah. Permohonan akan dihantar melalui WhatsApp untuk tindakan segera.

Langkah 1 daripada 4Pemohon

Butiran Pemohon & Pengiring

Isi maklumat pemohon dahulu. Tandakan jika pemohon juga ialah pengiring.

Butiran pengiring

Tambah seorang atau lebih pengiring yang akan bersama pesakit.

Borang Aduan

Ada aduan atau maklum balas mengenai perkhidmatan kami? Isi borang di bawah.